INDEKS-KEGEMBIRAAN ORGANISASI BERPRESTASI TINGGI
(I-KOBT)


Pengenalan

Kecekapan sistem pengurusan serta pentadbiran dan kepimpinan berdaya tinggi merupakan tonggak kejayaan sesebuah organisasi dalam usaha mencapai visi dan misi. Namun, budaya berprestasi tinggi adalah antara faktor penyumbang yang tertinggi dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Untuk mencapai budaya kerja berprestasi tinggi bukan satu perkara yang mudah untuk direalisasikan kerana ianya harus seiring dengan kesejahteraan pekerja. Pelan strategi yang dibangunkan akan menjadi sangat mencabar untuk dicapai sekiranya tidak ada pemantapan dalam budaya organisasi terlebih dahulu.

Oleh itu, Indeks Kegembiraan dan Indeks Berprestasi Tinggi (IKOBT) adalah satu kajian yang dapat mengukur tahap pencapaian / keberadaan budaya berprestasi tinggi sesebuah organisasi. IKOBT merupakan situational analysis atau analisa semasa untuk mengukur tahap kegembiraan dan tahap organisasi berprestasi tinggi. Hasil dapatan daripada kajian IKOBT dapat membantu memberi perspektif di mana keberadaan sesebuah organisasi dalam mencapai budaya berprestasi tinggi. Penilaian ini sangat penting untuk membantu dalam memantapkan atau menambahbaik pelan strategi organisasi. Sehubungan itu, penyertaan IKOBT telah diwajibkan ke atas seluruh penjawat awam Negeri Sabah agar kegembiraan penjawat awam negeri dan organisasi berprestasi tinggi kerajaan negeri tercapai sepenuhnya.





Pelaksanaan I-KOBT Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PANS)

Kajian ini hanya melibatkan penjawat awam di negeri Sabah. I-KOBT akan memfokuskan isu kegembiraan dan juga organisasi berprestasi tinggi dalam membangunkan strategi kerajaan negeri Sabah.

      Kajian dijalankan terhadap semua penjawat awam di negeri Sabah yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN).

Objektif Kajian Indeks Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (I-KOBT)







Elemen I-KOBT

I-KOBT mengukur dua elemen utama, iaitu kegembiraan dan organisasi berprestasi tinggi. Selain daripada elemen berikut kajian ini juga melibatkan domain Produktiviti, Faktor Individu (Personaliti, Kesejahteraan Keluarga, Kesejahteraan Kewangan dan Kesejahteraan Sosial) yang mempunyai kaitan dengan I-KOBT.



Skor Keseluruhan I-KOBT Jabatan/Agensi Seluruh Sabah 2021