SOAL SELIDIK
INDEKS-KEGEMBIRAAN ORGANISASI BERPRESTASI TINGGI
(I-KOBT)

YBhg./YB Datuk Seri/Datuk/Datin/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

Indeks-Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (I-KOBT) ini bertujuan untuk mengukur tahap kegembiraan dan organisasi berprestasi tinggi (OBT) dalam perkhidmatan awam negeri Sabah. Dapatan indeks ini akan dijadikan indikator dalam merangka dasar, merancang dan membangunkan strategi pembangunan perkhidmatan awam negeri.

Kajian ini mewajibkan (Berdasarkan Rujukan JPAN:4000-22 JLD.7(107)) pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) untuk menjawab soal selidik (Pegawai LANTIKAN POLITIK adalah dikecualikan).

Sebelum menjawab soal selidik ini, adalah penting untuk memahami perkara-perkara berikut;

  1. Semua maklumat peribadi dan maklum balas yang diberikan dalam kajian ini adalah DIRAHSIAKAN
    Rujuk (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010).
  2. Maklumat berkaitan identiti diri TIDAK AKAN DIDEDAHKAN kepada umum.
  3. Maklum balas yang diberikan dalam kajian ini adalah bertujuan untuk penyelidikan dan pembangunan.
  4. Laporan indeks kegembiraan dan organisasi berprestasi tinggi anda akan diperolehi sejurus selesai melengkapkan kajian ini.

Perhatian dan kerjasama dalam melengkapkan soal selidik ini sangat dihargai. Sila jawab soal selidik ini secara JUJUR dan IKHLAS.

Selamat menjawab. Terima kasih.

© 2021 I-KOBT